Kerjaya Acha_Septriasa

Acha memulakan kerjaya hiburannya sebagai model dalam Pencarian Gadis Sampul, dianjurkan oleh majalah remaja Indonesia, Gadis[3] pada 2004.[1] Peranan filem pertamanya ialah filem Apa Artinya Cinta? (2005), di mana beliau memegang watak pembantu. Pada tahun berikutnya, beliau mula meraih kejayaan menerusi filem Heart (2006), yang mana beliau berlakon bersama Nirina Zubir dan pasangannya ketika itu Irwansyah.[3] Beliau juga menyanyikan album runut bunyi bersama Irwansyah yang diterbitkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed,[2] mendapat platinum berganda; dua singlenya, "Sampai Menutup Mata" dan sebuah lagu duet "My Heart", menerima siaran meluas di luar negara.[1]

Pada tahun berikutnya, Acha dan Irwansyah berlakon dalam romantik remaja Love is Cinta. Beliau juga menyanyikan duet bersamanya untuk filem itu.[3] Pada tahun itu, beliau dikenalpasti sebagai pelakon Indonesia keempat menerima bayaran tertinggi, sebanyak Rp. 180 juta (AS$ 15,000) setiap filem.[1] Beliau melancarkan album pertamanya, Keputusan Hati pada Ogos 2009. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pengacara rancangan aneka ragam Dahsyat[2] dan membintangi Krazy Crazy Krezy.[1]

Pada 2010, beliau berlakon bersama Ayu Azhari dan Julia Perez dalam Sst... Jadikan Aku Simpanan. Beliau juga melancarkan album kedua Menembus Impian.[2]

Setakat 2011[update], Acha mempelajari penerbitan filem di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Kuala Lumpur Malaysia, beliau juga kerap pulang ke Indonesia; beliau mengambil peranannya dalam filem Love Story, sebuah cerita berdasarkan kehidupan tradisional, bersama Irwansyah, ketika masih mengambil kelas di Malaysia. Setakat 2011[update], beliau tidak merancang untuk keluar album baru, kerana kekangan masa.[3] Pada 2012 beliau mengumumkan selepas tamat belajar, beliau berhasrat untuk bekerja di pejabat; bagaimanapun, pada tahun yang sama, beliau ditempah untuk dua filem, yang mana beliau menyiapkannya terlebih dahulu.[4]

Rujukan

WikiPedia: Acha_Septriasa http://www.imdb.com/name/nm2546262/ http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/a/acha_se... http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/a/acha_se... http://www.pikiran-rakyat.com/node/187500 http://www.thejakartapost.com/news/2011/02/27/acha... http://www.thejakartapost.com/news/2011/06/26/acha... http://www.tokohindonesia.com/biografi/article/347... http://www.tribunnews.com/seleb/2016/12/05/vicky-s... http://indoshowbizinsiders.weebly.com/index.html http://www.webcitation.org/67UgibAgB?url=http://ww...