Kerjaya Acryl_Sani_Abdullah_Sani

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.[1]

Timbalan Ketua Polis Negara

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama. Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin.[1]