ActionScript

ActionScript adalah bahasa skrip berasaskan ECMAScript, terutamanya berkait dengan kelakuan skrip applikasi Adobe Flash. Kini dalam versi 3.0, ActionScript telah menrevolusi format flash, yang pada mulanya hanya sekadar menawarkan animasi mendatar biasa. Dengan ActionScript, applikasi flash mampu menawarkan interaksi aras tinggi, yang merupakan komponen reka bentuk halaman web moden.Applikasi yang dibangunkan dengan menggunakan Adobe Flash atau Adobe Flex sering kali menggunakan ActionScript bagi manipulasi kandungan dan data semasa perlaksanaan. Pelantar lain seperti ColdFusion turut menyokong skrip dengan bahasa ActionScript.