Sejarah ActionScript

ActionScript mula muncul dalam sintak kini dengan terbitan Flash 5, yang merupakan Flash yang pertama boleh diprogram sepenuhnya. ActionScript ini dibebaskan dinamakan ActionScript 1.0. Flash 6 (MX) kemudian meluaskan lagi kegunaan persekitaran pengaturcaraan dengan menambah sejumlah fungsi binaan dalam dan membenarkan kawalan program lebih baik unsur wayang. Flash 7 (MX 2004) memperkenalkan ActionScript 2.0, yang menambah ciri-ciri pengaturcaraan berasaskan kelas dan jenis kuat (strong typing) seperti pengistiharan kelas jelas, perwarisan, antaramuka, dan Taip Data Ketat (Strict Data Typing). ActionScript 1.0 dan 2.0 berkongsi bentuk kompil yang sama dengan Flash SWFs.

Garismasa

  • Flash Lite 1.0 and 1.1: Flash Lite merupakan teknologi Flash dibangunkan khusus bagi telefon bimbit dan peranti eletronik pengguna. Flash Lite 1.1 menyokong Flash 4 ActionScript.
  • Flash Lite 2.1: Sokongan tambahan bagi Flash 7 ActionScript 2.0.
  • Flash Player 2: Versi pertama dengan sokongan skrip, aksi termasuk gotoAndPlay, gotoAndStop, nextFrame dan nextScene bagi kawalan garis masa.
  • Flash Player 3: Penambahan sokongan skrip asas dengan keupayaan memuat SWF (loadMovie) luaran.
  • Flash Player 4: First player with a full scripting implementation (called Actions). Skrip merupakan sintak berasaskan slash dan mengandungi sokongan bagi kitaran, syarat (conditionals), pembolehubah dan binaan bahasa asas lain.
  • Flash Player 5: Termasuk versi pertama ActionScript sebenar. Menggunakan pengaturcaraan-berasaskan-prototaip berasaskan ECMAScript, dan membenarkan pengaturcaraan prosedural dan pengaturcaraan berorentasikan objek.
  • Flash Player 6: Menambah model pengendalian kejadian, dan sokongan bagi suis.
  • Flash Player 7: Flash Player 7 menawarkan beberapa ciri baru seperti teks CSS dan peningkatan prestasi. Penkompil Macromedia Flash dibebaskan bersama Flash Player 7 turut menyokong ActionScript 2.0. Class programming language based on the ECMAScript 4 Netscape Proposal. Bagaimanapun, ActionScript 2.0 mampu kompil silang dengan ActionScript 1.0 kod-bit, dengan itu mampu dilaksanakan oleh Flash Player 6.
  • Flash Player 8: Tambahan lanjut ActionScript 2.0 dengan menambah pustaka kelas baru (new class libraries) dengan API bagi mengawal data bitmap semasa perlaksanaan, dan muatnaik fail.
  • Flash Player 9 (asalnya dikenali sebagai 8.5): Menambah ActionScript 3.0 dengan pengenalan (advent) mesin maya baru, dikenali sebagai AVM2 (ActionScript Virtual Machine 2), yang wujud bersama dengan AVM1 sebelumnya yang diperlukan bagi menyokong kandungan warisan. Peningkatan prestasi merupakan matlamat utama bagi keluaran pemain ini termasuk Kompilasi Tepat Masa (Just In Time compilation - JIT). Ini adalah penerbitan pertama yang berjudulAdobe Flash Player.