Penyalahgunaan AdSense

Kebanyakan pemilik web mereka laman web mereka untuk dikunjungi oleh pengguna supaya mengklik AdSense mereka untuk menjana wang.Laman web "zombie" ini kadang-kala tidak mengandungi sebarang maklumat berguna tetapi mengandungi automatik-janaan-kandungan daripada Open Directory Project. Dan yang paling terkenal dengan bentuk "ladang AdSense" adalah splogs ("spam blogs"), yang berteraskan kepada katakunci yang mahal untuk menjana wang yang tinggi.Terdapat juga laman web yang menggunakan maklumat daripada laman web lain seperti Wikipedia, untuk menarik pengunjung ke dalam laman web. Sebarang langkah tersebut adalah dilabelkan sebagai spam enjin carian dan boleh dilapor kepada Google.

Terdapat juga Trojans yang dapat menjana iklan Google yang palsu yang menyerupai kepada yang sebenar. Trojan ini akan memasuki ke dalam laman web tertentu dan menukarkan iklan pemilik laman web kepada iklan palsu(yang diset oleh Trojan).