Sinopsis Adam_Chempaka

Kisah Chempaka Eryna, pemegang ijazah yang sangat pandai membancuh air teh tarik, tinggal dengan abangnya Khairil dan neneknya Zubaidah setelah kematian ibu dan bapa. Khairil kemudian bernikah dengan Laila dan mempunyai seorang anak 6 tahun, Shasha.

Adam Mirza, anak tunggal En Luthfi mempunyai sebuah galeri seni sendiri. Dengan tidak sengaja mereka bertemu ketika Chempaka cuba melarikan diri dari Pak Dan Duda dan mengaku bahawa Chempaka kekasihnya. Sejak itu Adam mula jatuh cinta dan mendekati Chempaka. Tatkala Laila yang sentiasa dengki dengan Chempaka selalu cuba menghasut Khairil untuk membenci adiknya.