Adam_Kromosom_Y
Adam_Kromosom_Y

Adam_Kromosom_Y

Dalam bidang genetik manusia, Adam Kromosom Y (Y-chromosomal Adam; Y-MRCA) merupakan istilah yang merujuk kepada datuk moyang kepada seluruh manusia (most recent common ancestor) sebelah lelaki dengan mengkaji susur galur kromosom Y yang diwarisi daripada sebelah bapa. Kemungkinan pasangannya iaitu Hawa Mitokondria pula merujuk kepada nenek moyang manusia di mana mitokondrion diwarisi daripada sebelah ibu.Dengan mengkaji dan menganalisis DNA manusia dari seluruh pelosok dunia, ahli genetik pada mulanya telah membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang hidup adalah berasal daripada seorang manusia yang tinggal di Afrika sekitar 60,000[1] atau 142,000 tahun dahulu.[2] Manakala kajian terbaharu melaporkan yang Adam kromosom-Y hidup sekitar 338,000 tahun dahulu.[3]Teori ini sekaligus berkemungkinan selari dengan teori kejadian manusia yang diceritakan di dalam al-Quran bahawa semua manusia berasal daripada Nabi Adam a.s.