Kerjaya Adeep_Nahar

Adeep memulakan kerjaya muziknya dengan menganggotai kumpulan 2D (disebut Tudee), seterusnya menyertai kumpulan Aikanika. Di bawah bimbingan Cat Farish, beliau menyertai The Fabulous Cats dan sempat menerbitkan dua album bersama mereka. Beliau meninggalkan kumpulan itu pada 2011 selepas 5 tahun.[3]

Beliau memegang watak Maliqurrahman dalam filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Farid Kamil dan Nora Danish.

Selepas meninggalkan The Fabulous Cats, Adeep menyertai kumpulan The Muhibbain dan merakamkan album #LoveCintaMahabbah.[4] Pada tahun 2018, beliau menjadi salah seorang peserta Gema GegarVaganza 2018 dan dinobatkan sebagai naib juara.[5]