Kerjaya Adi_Priyo_Sambodo

6ixth Sense

Rencana utama: 6ixth Sense

Adi merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense sewaktu penubuhannya pada 2005. Beliau menjadi ahli tetap kumpulan ini dan bertanggungjawab mengarang dan menulis kebanyakan lagu untuk kumpulan ini.[4]

Manusia Putih

Lihat juga: Manusia Putih

Selain 6ixth Sense, Adi ialah salah seorang ahli kumpulan Manusia Putih. Manusia Putih pada awalnya ialah nama pena Adi yang dikenali kerana mencipta lagu "Kisah Hati" nyanyian Alyah. Kumpulan ini juga telah mencipta dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi lain.[5]