Penerbitan Adiwarna

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, meneruskan kejayaan album Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II dan Cindai. Untuk album Adiwarna, Siti Nurhaliza bersama mentornya, Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik, dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini – “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”. Adik Adnan, Azlan Abu Hassan menyumbangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa.[5]

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”. Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.[5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Adiwarna http://books.google.com/books?id=DwoEAAAAMBAJ&pg=R... http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.sitizone.com/sz/index.php?option=com_co... http://sitisentral.weebly.com/adiwarna.html http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt...