Menu
Adnan_Runner SinopsisMengisahkan Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.
Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya. Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?
Menu
Adnan_Runner SinopsisBerkaitan
Adnan bin Saidi Adnan Oktar Adnan Semp-It Adnan Abu Hassan Adnan Runner Adnan Yaakob Adnan Sempit 2 Adnan Sempit (siri filem) Adnan Sempit 3 Adnan Abu Hassan (ahli politik)Rujukan
WikiPedia: Adnan_Runner https://www.myinfotaip.com/2023/03/adnan-runner.ht...