Kritikan Adobe_Dreamweaver

Sebagai atur cara penyunting WYSIWYG sebahagian, Dreamweaver boleh menyembunyikan perincian halaman-halaman kod HTML daripada pengguna dan membolehkan pengguna-pengguna baru untuk mencipta halaman web dengan mudah. Terdapat sebahagian pembangun Web yang mengkritikkan pendekatan ini kerana ciri ini menyebabkan halaman HTML yang lebih besar daripada apa yang sepatutnya dan yang boleh mengakibatkan prestasi pelayar web yang lebih buruk. Ini adalah amat benar kerana penggunaan ini amat memudahkan penciptaan bentangan berdasarkan jadual.

Tambahan pula, sebahagian pembangun web mengkritiki Dreamweaver kerana menghasilkan kod yang tidak mematuhi Piawai W3C. Walau bagaimanapun, Macromedia telah menambahkan sokongan untuk CSS dan mencipta cara lain untuk membentangkan halaman tanpa penggunaan jadual dalam versi perisian yang baru.