Tataguna Adunan_solek

Bahan adunan sebegini boleh dipakaikan pada muka dengan pelbagai alat yang bersesuaian pada muka yang telah dibersihkan terlebih dahulu:

  • Jemari: Haba dalaman yang teragih pada jari-jemari memudahkan pencairan adunan pada kulit dan pencampuran bersama bahan solekan lain. Kaedah ini hanya cocok untuk pemakaian separa.
  • Span: Sesuai untuk peliputan ringan ke sederhana. Span berbentuk segi tiga sesuai untuk adunan cecair sementara span berbentuk bulatan lebih lazim untuk adunan serbuk, namun kedua-dua bentuk span boleh dipakai bebas. Span dibasahkan dengan air terlebih dahulu sebelum menyapu adunan untuk mengelakkan penyerapan adunan oleh span sendiri serta membolehkan pengaihan serata kulit.
  • Brush: Berus berbulu sintetik atau bulu semulajadi berpori lebih lazim dipakai mengelakkan penyerapan cecair yang terlalu banyak. Bulu yang dipakai juga prlu lebat agar tidak meninggalkan kesan ketara.
  • Berus udara: Bersesuaian untuk adunan cecair meliputi kulit dengan sekata lalu bisa ternampak ringan dan tidak berkerak. Berus dan span boleh dipakai bagi meringankan kesan berus udara yang terlebih pada muka.