Aedy_Ashraf

Mohammed Zaedy Ashraf bin Rosmadi (lahir 20 September 1993) atau lebih terkenal sebagai Aedy Ashraf ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya; Shafiq dalam Oh My English! dan Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.[1]