Perihal Affin_Bank

Latar Belakang

Affin Bank memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 selepas berlakunya pengabungan di antara 2 bank iaitu Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada bulan Jun 2005, ia bergabung pula dengan Affin-ACF Finance Berhad. Setakat ini bank ini mempunyai 82 buah cawangan seluruh negara.

Bangunan Ibu Pejabat yang dipanggil Menara Affin terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Penubuhan Affin Islamic

Affin Islamic Bank merupakan subsidiari kepada Affin Bank. Ditubuhkan pada 1 April 2006, bank yang menjalankan perbankan islam sepenuhnya ini menawarkan produk dan khidmat untuk perbankan Pengguna dan Enterprise.