Biografi Afifah_Nasir

Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik.[3] Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip 'Aku Bukan Bimbo' yang ditayangkan di Astro, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Afifah pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.

Afifah telah memegang watak utama dalam drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit. Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, dan Azam Pitt, yang disiarkan mulai 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, menerusi saluran HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).