Kerjaya Afiq_Muiz

Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Afiq terlebih dahulu menceburi bidang peragaan.

Pada 2014, Afiq ditawarkan oleh Yusof Haslam menyertai Skop Productions seterusnya muncul dalam drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai ASP Roslan sebanyak dua musim.

Pada 2017, Afiq akan muncul dalam sebuah filem lakonan pertamanya bertajuk Aku Bukan Pengganas dan memegang watak utama dalam filem tersebut. Penggambaran filem yang dilakukan di Kashmir, India dan mengambil masa 44 hari dan ditayangkan pada 5 Oktober 2017.[3]

Selain itu, Afiq juga mengambil keputusan menukar nama pentas beliau kepada Muhammad Afiq bagi melupakan kontroversi yang pernah melanda beliau sebelum ini dan memulakan aktiviti seni dengan nafas baru.[4]

Disamping itu, beliau juga mengeluarkan sabun kecantikan yang diberi nama M.A Skin Care.[5]

Afiq membintangi telefilem khas bagi meraikan sambutan Hari Bapa berjudul Kasut Untuk Ayah. Drama arahan Amzari ini juga dibintangi oleh Namron, Man Raja Lawak, Fikhree Bakar, Tasha Shilla dan disiarkan pada Sabtu, 10 Jun 2017, pukul 10.05 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

Rujukan

WikiPedia: Afiq_Muiz http://www.hyebro.com/2014/07/drama-cinta-itu-kerj... http://www.imdb.com/name/nm7042252/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.sinarharian.com.my/mobile/gerak-khas-mu... http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/nafas-bah... http://www.utusan.com.my/hiburan/aishah-bersama-ib... https://www.instagram.com/muhamadafiqmuiz/?hl=en https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...