Teknologi AfterShip

Syarikat AfterShip menyediakan perkhidmatan penjejakan penghantaran secara automatik, [12] dan servis ini mampu mengesan lebih kurang 600 perkhidmatan penghantaran di seluruh dunia, termasuk UPS, FedEx dan DHL . [13] [14] AfterShip menyediakan pengguna papan pemuka untuk menyemak status penghantaran merentas berbilang syarikat penghantaran, dan menghantar e-mel serta pemberitahuan secara automatik pada peringkat penghantaran yang berbeza.

Perkhidmatan AfterShip diintegrasi dengan pelbagai platform e-dagang utama seperti Shopify, Bigcommerce, eBay, Floship dan Magento . [13] [15]

Pada Januari tahun 2014, AfterShip melancarkan maklumat penjejakan secara API [16] yang membolehkan peruncit mendapatkan maklumat penjejakan daripada syarikat penghantaran yang berbeza melalui AfterShip dalam satu sumber di internet. [17] Peruncit boleh menggunakan API AfterShip untuk memaparkan maklumat lengkap penjejakan dan maklumat di tapak web, dan memantau prestasi syarikat penghantaran. [18]

Rujukan

WikiPedia: AfterShip http://www.gew.co/press-releases/hong-kong%E2%80%9... http://blog.up.co/2011/11/29/global-startup-battle... http://blog.aftership.com/post/2012-02-23-aftershi... http://www.aftership.com/ http://hk.apple.nextmedia.com/realtime/finance/201... http://www.scmp.com/lifestyle/arts-culture/article... http://blogs.technet.com/b/bizspark_group_blog/arc... http://hongkong.startupweekend.org/2011/11/22/anno... http://vator.tv/news/2014-05-23-funding-roundup-we... https://www.aftership.com/about-us