Afzan_A._Rahman

Afzan bin A. Rahman (lahir 22 Oktober 1982) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama selepas menyertai pertandingan realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada April 2009.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu sebagai Mekanik. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan kerap memegang watak pembantu. Beliau mula dikenali menerusi watak Saiful menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Beliau juga kerap berlakon di bawah produksi A. Aida Production.[2]

Afzan_A._Rahman

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Hasliza Md Sharasan
Tahun aktif 2008-kini
Anak 2
Kelahiran (1982-10-22) 22 Oktober 1982 (umur 37)
Johor Bharu, Johor, Malaysia
Ketinggian 5 ft 11 in (1.80 m)
Kediaman Kuala Lumpur