Agama_Buddha
Agama_Buddha

Agama_Buddha


Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara, timur Asia, China, Korea, dan Jepun. Mengikut kriteria klasifikasi agama Buddha mempunyai tiga tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, dan Vajrayāna. Dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap lujkhur nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan Mulia" atau juga dikenali sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula. Aliran Theravāda merupakan aliran yang paling diamalkan di Sri Lanka dan Asia Tenggara.Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi Tanah Tulen, Zen, Buddhisme Nichiren, Shingon dan Tiantai (Tendai) banyak dijumpai di bahagian Asia Timur. Bertentangan dengan pencapaian nirvana, Mahayana mengilhamkan pencapaian kebuddhaan melalui laluan bodhisattva, satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran. Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna abad ke-lapan India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya, Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan pencapaian kebuddhaan atau badan pelangi.Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488 - 535 juta penganut di seluruh dunia. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling utama di dunia.Seorang Buddha ialah seorang yang memahami kebenaran alam semesta melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Kesedaran".Śākyamuni Buddha ialah pengasas Buddhisme. Melaluinya, banyak ajaran telah diwujudkan dan dikumpulkan untuk memudahkan penyebaran Buddhisme. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara keseluruhan, tujuan seorang penganut Buddha adalah menamatkan segala kesengsaraan dalam kehidupan manusia. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan mengamalkan ajaran "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan. Dengan ini semua penganut Buddha boleh mengikut langkah demi langkah untuk mencapai kebebasan dari kesengsaraan. Tahap ini dinamakan nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).