Kelahiran_semula

Kelahiran semula (Buddha: punabbhava) merujuk kepada kepercayaan bahawa seseorang akan dilahirkan kembali ke dunia ini selepas ia meninggal dunia. Terdapat dua aliran fikiran utama, iaitu mereka yang mempercayai bahawa kesemua manusia akan dilahirkan kembali, dan mereka yang mempercayai bahawa sesiapa yang melakukan banyak perbuatan-perbuatan yang baik akan mencapai kesedaran agung (nirvana) dan akan berhenti kelahiran semula. Walau bagaimanapun, di alam-alam kehidupan yang lain, kelahiran semula (rebirth) adalah satu proses yang berterusan. Ajaran Buddha merupakan aliran fikiran yang kedua.