Agensi_Jaminan_Pelaburan_Multilateral

Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral atau (bahasa Inggeris: Multilateral Investment Guarantee Agency, MIGA) merupakan sebuah ahli Kumpulan Bank Dunia. Ia telah ditubuhkan untuk mempromosikan pelaburan langsung luar negara ke dalam negara membangun. MIGA telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan modal asas sebanyak $1 bilion dan ia beribupejabat di Washington, D.C.MIGA mempromosikan pelaburan langsung asing ke dalam negara membangun dengan menginsuranskan pelabur terhadap risiko politik, menasihatkan kerajaan-kerajaan mengenai penarikan pelaburan, berkongsi maklumat menerusi perkhidmatan pelaburan dalam talian, dan menjadi pengantara pertelingkahan di antara para pelabur dan kerajaan. Kekuatan MIGA dibandingkan dengan pembekal swasta bagi insurans risiko politik adalah ia merupakan ahli kepada kumpulan Bank Dunia, yang mana membenarkan ia campur tangan dengan kerajaan tuan rumah untuk menyelesaikan tuntutan sebelum mereka difailkan.