Kumpulan_Bank_Dunia
Kumpulan_Bank_Dunia

Kumpulan_Bank_Dunia

Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group atau WBG) merupakan sebuah keluarga lima organisasi yang memberikan bantuan pinjaman, secara umumnya kepada negara-negara yang miskin. Bank telah kembali kepada kewujudan rasminya pada 27 Disember 1945 berikutan daripada ratifikasi antarabangsa berikutan daripada perjanjian Bretton Woods, yang timbul daripada Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1 Julai22 Julai 1944). Ia juga memberikan batu asas kepada Jawatankuasa Osiander pada tahun 1951, yang bertanggungjawab kepada persediaan dan penilaian Laporan Pembangunan Dunia. Operasinya bermula pada 25 Jun 1946, ia bersetuju memberikan pinjaman pertamanya kepada Perancis pada 9 Mei 1947 ($250M untuk pembinaan semula selepas peperangan, di dalam bentuk nyata merupakan pinjaman terbesar yang dikeluarkan oleh Bank sehingga kini). Kelima-lima agensinya adalah seperti berikut: