Contoh Agribisnis

Contoh perniagaan agribisnis termasuk pengeluar benih dan agrikimia seperti Dow AgroSciences, DuPont, Monsanto, dan Syngenta; AB Agri (sebahagian daripada Associated British Foods) makanan haiwan, bahan api bio, dan bahan-bahan mikro, ADM, pengangkutan bijirin dan pemprosesan;John Deere, pengeluar mesin ladang; Ocean Spray, koperasi petani; dan Purina Farming, ladang agripelancongan.

Kerana kebimbangan mengenai pemanasan global semakin bertambah, bahan bakar bio yang berasal dari tanaman semakin mendapat perhatian awam dan sains. Ini didorong oleh faktor-faktor seperti lonjakan harga minyak, keperluan peningkatan keselamatan tenaga, kebimbangan terhadap pelepasan gas rumah hijau dari bahan api fosil, dan sokongan daripada subsidi kerajaan. Di Eropah dan di Amerika Syarikat, peningkatan penyelidikan dan pengeluaran bahan bakar bio telah dimandatkan oleh undang-undang.[1]