Menu
Ah_Long Ah Long di Malaysia dan SingapuraAh Long (diambil daripada perkataan Cina "Naga" (Bahasa Cina: 阿龍) atau kependekan daripada frasa Kantonis "daai ji lung", 大耳窿) adalah istilah bagi ceti haram di Malaysia dan Singapura. Mereka meminjamkan wang kepada sesiapa yang tidak berupaya memperoleh pinjaman daripada bank atau institusi kewangan yang sah, disasarkan terutamanya kepada kaki judi. Mereka mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi (sebih kurang 40% sebulan/satu malam bersamaan dengan 1422%/33087% setahun melalui kaedah himpunan baki berterusan.)[perlu rujukan] dan sering kali mengugut akan menggunakan keganasan kepada peminjam yang gagal membayar pada masa yang ditetapkan. [1] [2]
Beberapa tahun lalu, sebelum pengguna telefon bimbit di Malaysia diwajibkan mendaftar nombor telefon bimbit mereka, Ah Long mengiklankan perkhidmatan mereka dengan mengedarkan kad perniagaan mereka.
Apabila peminjam gagal membayar pada masa yang ditetapkan, Ah Long akan menyembur, menyimbah atau menconteng dengan cat merah pada dinding rumah atau bangunan milik peminjam bertujuan untuk mengugut mangsa serta memalukan peminjam tersebut sehinggalah si peminjam membayar hutangnya. Menurut polis serta pihak berkuasa tempatan, terdapat beberapa kes di mana peminjam dibelasah ataupun harta benda mereka dimusnahkan, malah ada mangsa yang membunuh diri. [1]
Ada kalanya kepala khinzir digantung di luar rumah peminjam, sebagai salah satu cara memalukan mangsa serta untuk menanda peminjam yang melarikan diri.
Pada masa sekarang, Ah Long tidak lagi menunggu mangsa yang masih belum membayar hutang mereka tetapi mereka memecah masuk rumah mangsa dan mencuri beberapa barang sehinggalah nilainya sama dengan nilai pinjaman. Cara ini digunakan bagi menjimatkan masa dan tenaga.
Kes-kes terkini menunjukkan Ah Long juga mempamerkan salinan kad pengenalan mangsa di atas sepanduk besar serta menggantungkannya di atas pagar. Memandangkan Ah Long hanya memerlukan salinan kad pengenalan sebagai dokumen untuk permohonan pinjaman, taktik sedemikian menjadi lazim sehinggakan peminjam akan berasa malu kerana identitinya dipaparkan di khalayak ramai dan seterusnya akan melunaskan hutang mereka dengan segera.
Malah,ada di antara ah long yang berani mengambil tindakan terhadap peminjam yang gagal bayar dengan menahan dan mengurung mereka dalam bilik kecil,sama seperti lokap tahanan. Pada 27 Mei 2009, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menyatakan polis berjaya membebaskan 3 lelaki yang dikurung dalam rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya, Selangor[3].Dua Ah Long berusia 30 dan 33 tahun merantai mereka di di leher, tangan dan kaki seperti haiwan dalam sebuah bilik sempit bersaiz 7 kaki x 5 kaki yang menyerupai lokap tanahan. Ah Long tersebut berjaya ditahan di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong. [4]
Menu
Ah_Long Ah Long di Malaysia dan SingapuraBerkaitan
Ah Long Ah Long Pte Ltd Ah Tong Au LongRujukan
WikiPedia: Ah_Long http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.loansharks.com http://www.japantimes.co.jp/cgi-bin/getarticle.pl5... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesda... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://www.gnn.gov.uk/Content/Detail.asp?ReleaseID...