Ahmad_C
Ahmad_C

Ahmad_C

Ahmad C (1932 – 14 Januari 2010) atau nama sebenarnya Mohamad Abdul Hamid merupakan seorang penyanyi dan pelakon veteran Malaysia. Mohamad Abdul Hamid dilahirkan pada 1932 dan meninggal pada 14 Januari 2010.[1]Beliau banyak berlakon dalam beberapa filem melayu klasik, seperti filem Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi.Ahmad C juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P. Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. Ahmad C juga kadangkala dikreditkan sebagai Mohamad Hamid iaitu nama sebenar beliau dalam filem-filem lakonannya.