Kerjaya Ahmad_Fuad_Ismail

Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan tujuh sebagai ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya. Beliau berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam selama enam tahun dan mengambil alih sebagai Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 2003.

Beliau telah dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2006. Datuk Ahmad Fuad Ismail pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Namanya pernah disebut-sebut menggantikan bekas Datuk Bandar, Datuk Mohamad Shaid Mohd Taufek. [1]