Ahmad_Iqbal_Zulkefli

Ahmad Iqbal Zulkefli (lahir 12 September 1994)[1] ialah seorang usahawan Malaysia yang berasal dari Kelantan.Pada 1 November 2021, Iqbal telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "Hujan" yang digubah dan dikarang oleh Muhamad Eric Muhamad Fuzi daripada Rusa Music. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 400,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa 15 jam.[2][3] Pada tahun 2021 juga nama Ahmad Iqbal menjadi bualan hangat di kalangan netizen dan peminatnya apabila nama ibaskincare.com, ibarevolution.com dan ibaempiresolution.com telah disenaraikan untuk dijual dengan harga yang sangat tinggi di www.sedo.com. Ibaskincare merupakan jenama produk pertama yang diasaskan oleh Ahmad Iqbal.