Kerjaya Ahmad_Izham_Omar

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Metropolitan TV Sdn Bhd (8TV)[1], Ketua Radio Rangkaian Radio Media Prima dan Pengarah syarikat rakaman muzik Monkey Bone Records.[2] Pada mulanya, beliau menjadi pengasas dan juga Pengarah Pengurusan syarikat rakaman Positive Tone sejak 1994 hingga penutupannya pada 2002, di samping juga menjadi Pengarah A&R EMI Malaysia pada tahun 2001–2003.

Ahmad Izham memegang ijazah Sarjana Muda Muzik, Penerbitan dan Kejuruteraan Muzik dari Kolej Muzik Berklee pada tahun 1991, dan Sarjana Pentadbiran Perniagaaan dari Universiti Suffolk pada tahun 1994.[2] Sewaktu menerajui Positive Tone, beliau dapat menemui dan menyerlahkan bakat-bakat baru dalam industri muzik rakaman tanahair, seperti OAG, Poetic Ammo, Innuendo dan Too Phat. Beliau menyertai 8TV sebagai Ketua Pegawai Operasi sewaktu stesen ini dibuka pada awal tahun 2004, dan beliau menjadi penerbit di sebalik rancangan-rancangan hebat seperti Malaysian Idol, One in a Million dan Project Superstar yang berjaya mencungkil bakat-bakat nyanyian baru seperti Jaclyn Victor dan Faizal Tahir.