Legasi Ahmad_Maasom_Pergau

Beliau mempunyai ramai anak murid dalam bidang qiraat dan al-Quran hasil didikan beliau. Antaranya ialah Johan Musabaqah tahun 1964 iaitu Ustaz Hasan Musa dan ramai lagi guru al-Quran yang meneruskan ilmu Al-Quran. Antaranya ialah Datuk Haji Nik Jaafar Ismail, Ustaz Rusli Md Zain Al-Farqawi dan Ustaz Abdul Rahim Ahmad,[4] johan kebangsaan 1993 dan 1994 yang masih aktif mengajar hasil didikan almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Maasom Pergau. Ustaz Abdul Rahim Ahmad ketika berusia 27 tahun mempelajari Ulum Quran melalui bimbingan Tuan Guru Ahmad Maasom selama 12 tahun (1975 sehingga tahun 1987) .

Ramai lagi anak didikan Tuan Guru Ahmad Maasom bertebaran di seluruh negara, terutama di Kelantan , Kedah , Trengganu di mana sanad Al-Quran mereka tercatat nama Tuan Guru Ahmad Maasom, kerana beliau mahir menulis khat bagi menghasilkan Sanad berbentuk sijil untuk pelajarnya. Hasilnya ramai para imam-imam dan pencinta Al-Quran bersanad mengenali tokoh ini dengan kata mereka Ustaz Ahmad Maasom itu nombor satu ataupun dengan kata-kata lain bila ditanya Qari yang hebat di Malaysia tentunya para ahli Quran di Malaysia akan mengatakan individu tersebut ialah Ahmad Maasom Pergau. (sila rujuk buku ke 2) [nyatakan menurut siapa?][perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Maasom_Pergau http://www.makkawi.com/Articles/Show.aspx?ID=120 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://www.alquran.gov.my/flipbook/JohanQariQariah... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawa... http://web.archive.org/web/20171230173541/http://w... http://web.archive.org/web/20180306185521/http://w... //tools.wmflabs.org/dupdet/compare.php?url1=http:/... https://www.alislamu.com/4915/qiraat-dan-qurra/