Kerjaya Ahmad_Nisfu

Minat beliau dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil apabila beliau yang berpendidikan madrasah telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura dimana beliau kemudian menjadikannya sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga keakhir hayat.

Beliau tidak pernah pulang ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di Singapura, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan. Sementara diluar lokasi pula, beliau sering dilihat berada dikedai kopi di Geylang Lorong 101 yang dikenali sebagai tempat berkumpul pelakon filem zaman itu. Beliau juga diakui selalu bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road berhampiran syarikat produksi.[1] Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas.

Antara lakonan beliau yang paling diingati oleh peminat filem lama melayu ialah ketika beliau berlakon didalam filem Seniman Bujang Lapok, dimana beliau memegang watak peranan sebagai Tuan Director yang diarahkan oleh P. Ramlee. Sehingga kini watak lucu beliau sebagai 'Tuan Director' didalam filem tersebut ia telah menjadi ingatan serta igauan dari turun ketemurun peminat - peminat filem lama melayu. Sehingga kini juga tiada mana - mana pelawak pun yang berjaya meniru aksi lucunya sebagai 'Tuan Director' dari sedutan filem tersebutnya itu. Ahmad Nisfu ialah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee dan mereka telah berkenalan sejak di Pulau Pinang lagi. Beliau yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea kepada P. Ramlee. Misalnya, filem Ibu Mertuaku, yang diterbitkan pada 1961, dimana skripnya ditulis oleh beliau sendiri, manakala jalan cerita dan bahasanya oleh P. Ramlee.[1]