Kerjaya Ahmad_Shahir_Daud

Beliau pernah mengajar agama di surau di kampung kelahirannya di Kampung Selingsing , Kota Baharu, Kelantan.

Beliau pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri).

Selepas pencen bertugas sebagai pendakwah bebas. Ahmad Shahir merupakan pendakwah yang dedikasi, kerana walaupun dalam keadaan uzur beliau sanggup menyampaikan ceramahnya dan semasa hayatnya arwah sering diundang menyampaikan ceramah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan Kota Baharu.