Ahmad_Zigi_Zaresta_Yuda
Ahmad_Zigi_Zaresta_Yuda

Ahmad_Zigi_Zaresta_Yuda

Ahmad Zigi Zaresta Yuda (lahir 14 Januari 1998) ialah seorang Karateka Indonesia yang bertanding dalam kata individu lelaki. Beliau merupakan pemenang pingat gangsa pada Sukan Asia 2018 yang diadakan di Jakarta, Indonesia.[1]Beliau memenangi pingat emas dalam acara kata individu lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2019 yang berlangsung di Manila, Filipina.[2] Beliau turut memenangi pingat emas acara kata individu lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2021 yang diadakan di Hanoi, Vietnam.Pada Kejohanan Karate Asia 2017 yang diadakan di Astana, Kazakhstan, beliau memenangi pingat perak dalam acara kata lelaki. Beliau mengulanginya pada Kejohanan Karate Asia 2019 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.Pada Jun 2021, beliau bertanding di Kejohanan Kelayakan Olimpik yang diadakan di Paris, Perancis dengan harapan untuk layak ke Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Pada November 2021, beliau bertanding dalam acara kata individu lelaki di Kejohanan Karate Dunia yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pada Disember 2021, beliau memenangi pingat perak di Kejohanan Karate Asia yang diadakan di Almaty, Kazakhstan.

Ahmad_Zigi_Zaresta_Yuda

Lahir (1998-01-14) 14 Januari 1998 (umur 24)
Negara Indonesia
Alma mater Universiti Pendidikan Mandalika Mataram
Acara Kata Individu
Sukan Karate