Ahmadiyyah
Ahmadiyyah

Ahmadiyyah

Ahmadiyyah (Urdu: احمدِیہ‎‎) ialah suatu gerakan Islam yang diasaskan di India di akhir abad ke-19, bermula dengan kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), yang mendakwa memenuhi ramalan pengislah dunia di akhir zaman, seperti disebut dalam tradisi pelbagai agama dunia dan membawa kejayaan akhir Islam sebagaimana yang dijanjikan dalam ajaran Islam. Beliau mendakwa merupakan mujaddid (pengislah) abad Islam ke-14, Al-Masih dan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu Muslim.[1][2][3][4][5] Pengikut taifah Ahmadiyyah dirujuk sebagai Ahmadi atau Muslim Ahmadi. Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir untuk manusia sebagaimana diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keperluan mengembalikan intipati sebenar dan bentuk aslinya, yang telah hilang ditelan zaman. Demikian, Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[6] Ahmadi merupakan antara masyarakat Muslim terawal tiba di Britain dan negara Barat lain.[6]Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[7]Ajaran ini dikenali sebagai Qadiani iaitu sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.