Aidil_Alias

Aidil Alias, anak kelahiran Johor Bahru pada 1982.Drama pertama di lakonkan pada tahun 2009 iaitu drama Akademik Polis 3 arahan Yusof Kelana. Pada mulanya hanya sebagai pelakon tambahan tidak berdialog, tetapi ditukarkan kepada watak Polis berdialog. Bermula dari situ, beliau mula berjinak jinak didalam dunia lakonan. Tetapi disebabkan kerjaya hakiki yang padat, beliau mengundurkan diri untuk beberapa tahun.Mula dikenali pada 2012 apabila memegang watak utama sebagai Rahim arahan sutradara Mior Hashim Manap dalam drama 12 episod TV AlHijrah , Warkah Cinta adaptasi dari novel nukilan Ustaz Cinta A. Ubaidillah Alias, Warkah Cinta Berbau Syurga bergandingan bersama Imam Muda Nazrul dan Nur Heliza binti Helmi. Selepas mendapat jumlah penonton tertinggi, drama patuh syariah ini menjalankan penggambaran untuk kesinambungannya bertajuk Cinta Dan Wahyu adaptasi dari novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu berganding bersama Imam Muda Nazrul dan Amyra Rosli, 12 episod di TV Alhijrah. Juga dikenali sebagai Ahli Farmasi untuk Iklan Panadol Optizorb pada 2018.