Air mata
Air mata

Air mata

Air mata adalah cecair jernih dirembeskan kelenjar khas yang terdapat pada mata-mata semua mamalia darat (kecuali kambing dan arnab).[1][2] Rembesan ini bertujuan termasuk melincirkan mata, menghilangkan bendasing yang merengsa (air mata refleks), dan membantu sistem imun . [3] Air mata juga dikeluarkan sebagai sebahagian daripada tindak balas semula jadi baik dari kesakitan dialami tubuh[4] mahupun kerana merasai emosi tertentu seperti kegembiraan atau kesedihan; fenomena ini khusus dalam kalangan manusia[4] di mana rembesan air mata membantu mengeluarkan hormon penyebab stres ketika ditekan secara emosi.[5][6]Air mata terdiri dari air, elektrolit, protein, lipid dan mukin yang membentuk lapisan pada permukaan mata;[7] komposisi kimia jenis air mata yang dikeluarkan bergantung kepada jenis tujuan air m Jenis air mata yang berlainan - basal, refleks, dan emosi - komposisi berbeza.[7]