AirAsia
AirAsia

AirAsia

AirAsia Berhad (MYX: 5099) ialah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.[4] Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah LCCT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungannya Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.[5][6]AirAsia beroperasi dengan kos unit paling rendah di dunia iaitu AS $ 0.023 setiap kilometer (ASK) dan faktor beban penumpang sebanyak 52%. Ia telah melindung nilai 100% keperluan bahan api untuk tiga tahun akan datang, mencapai masa pemulihan pesawat selama 30 minit, mempunyai tahap produktiviti kru yang lebih rendah daripada Malaysia Airlines dan mempunyai kadar penggunaan pesawat purata 60 jam sehari.[7] Pada tahun 2007, The New York Times menyifatkan syarikat penerbangan itu sebagai "perintis" perjalanan kos rendah di Asia.[8] AirAsia ialah penaja pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, pasukan bola sepak kebangsaan Singapura, Jamshedpur FC dan Queens Park Rangers. AirAsia juga ialah bekas penaja Manchester United dan Asia Red Tour.AirAsia telah dinamakan sebagai pengangkut kos rendah terbaik dunia selama 10 tahun berturut-turut dalam anugerah pelancongan dan penerbangan antarabangsa, termasuk anugerah terbaru untuk 2018.[9]

AirAsia

Laman web www.airasia.com
Subsidiari AirAsia X
Indonesia Airasia
Indonesia AirAsia X
Philippines AirAsia
Thai AirAsia
AirAsia India
AirAsia Japan
Pendapatan RM 5.01 bilion/AS$ 1.12 billion(1~3Q 2016)[3]
Ibu pejabat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Sepang, Selangor, Malaysia
Program kesetiaan BIG Loyalty Programme[1]
Pendapatan bersih ▲ RM 1.574 bilion/AS$] 354 juta (1~3Q2016)
Pekerja 17,000 (2016)
Syarikat induk Tune Group
Ditubuhkan 20 Disember 1993; 26 tahun yang lalu (1993-12-20)
Destinasi 165 (termasuk anak syarikat)
Hab kedua
Pesawat 250 (termasuk anak syarikat)
Tokoh utama
Slogan syarikat "Kini Sesiapapun Boleh Terbang"
Bermula operasi 18 November 1996
IATAAK ICAOAXM PengenalRED CAP
IATA
AK
ICAO
AXM
Pengenal
RED CAP
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: AirAsia http://www.airasia.com/ http://www.airasia.com http://www.airasia.com/my/en/big-loyalty-programme... http://www.airasia.com/site/in/en/snackAttack.jsp http://www.airasia.com/storage/bo/aaportal.model.C... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/newsevents/news-events-singl...