Tune_Group

Tune Group Sdn Bhd ialah sebuah syarikat hiburan dan riadah Malaysia yang diasaskan oleh usahawan Malaysia, Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun. Misi Tune Group adalah untuk menyediakan kemampuan dan akses kepada aktiviti rekreasi dan hiburan, terutamanya di pasaran Asia. Ia dilakukan melalui syarikat subsidiari, syarikat penerbangan, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, sukan, media dan kreatif.[1][2][3]