Raja
Airlangga (memerintah 1016–1049) merupakan pemerintah negeri perdagangan
Jawa Timur utama di
Indonesia moden, yang terkenal kerana kekayaaan dan kuasanya.Dia mula mendapat kuasa selepas kekalahan kerajaan
Srivijaya sebelumnya, tetapi semasa tempoh Srivihaya lemah dia mengasaskan ibukota dilingkungan Surabaya dan mengawal bukan hanya lembah sungai Brantas bergunung berapi yang subur tetapi juga perdagangan rempah yang semakin meningkat. Salah satu dari kejayaannya yang utama adalah membina empangan di sungai Brantas bagi mengawal
banjir dan dengan itu meningkatkan kawasan bagi penanaman
padi. Airlangga turut menjadi semakin kaya hasil dari perdagangan, terutama dengan
China. Istananya terkenal bagi penghasilan penulisannya. Airlangga menganggap dirinya sebagai kelahiran semula
dewa Vishnu, dan makamnya di Balahan memasukkan patung dirinya menunggang
Garuda, tunggangan helang bagi para dewa. Sebelum kematiannya, dia bersara bagi menjadi orang pertapaan dan meninggalkan kerajaannya terbahagi antara dua anak lelakinya. Janggala merupakan nama kerajaan yang terletak di timur Sungai Brantas, tetapi ia kemudiannya diserap oleh
Kederi, kerajaan di sebelah tebing barat.