Biografi Aishah_Sinclair

Aishah dilahirkan pada 27 Oktober 1980 kepada bapanya Mohamed Sinclair dan Khadijah. Beliau juga mempunyai seorang abang Ashraf (kini berkahwin dengan Bunga Citra Lestari) dan seorang adik, Adam (kini berkahwin dengan Yuna). Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA dan merupakan pelajar terbaik bagi jurusan Perhubungan Awam.

Aishah memulakan kerjayanya dengan terlibat dengan pengiklanan, bermula dengan iklan Pepsi pada tahun 1998 dan kemudiannya menerokai rancangan televisyen melalui tugas mengacara Pilates (Astro), Life Traits (RTM), Voice Your Choice (8TV), dan Rock Unite (ntv7). Beliau menyertai Quickie pada lewat tahun 2006.

Selain itu Aishah juga muncul sebagai pelakon tetamu dalam siri televisyen Gol & Gincu The Series dan Bujang Senang.

Kini beliau bersuamikan Sheikh Abdul Shahnaz sejak Januari 2006.[2]