Kerjaya Aisyah_Aziz

Aisyah mula menyanyi pada usia 5 tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga beliau berusia 11 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau menyertai program realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013. Walaupun hanya berjaya memegang tempat keenam. Lagu pertama beliau Mimpi yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir dan Omar K. berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai di Malaysia mahupun di tanah kelahiran beliau iaitu Singapura serta beliau banyak menyanyikan lagu bergenrekan pop. [5]

Pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat empat pencalonan dan memenangi kategori Kolaborasi Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014. [6] Pada 2015, Aisyah sekali lagi mendapat empat pencalonan menerusi Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015. [7]

Pada 2016, Aisyah telah mengambil cuti selama sebulan untuk menyertai program realiti di Singapura bertajuk My Squad Is Better Than Yours yang bakal ditayangkan di siaran televisyen Singapura Mediacorp Channel 5. [8]

Disamping itu, Aisyah telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk "Indah Pada Waktunya". Berdasarkan maklum positif daripada peminat, tajuk lagu ini telah dijadikan drama bersiri pendek lapan episod yang disiarkan menerusi YouTube NET. Talent Management. Drama ini mengisahkan seorang penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik yang dilakonkan oleh Rizky Febian bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Aisyah Aziz yang baru ingin memulakan karier nyanyian beliau di Indonesia. [9]

Pada 25 Januari 2019, Aisyah telah kembali dengan video musik untuk lagu terbaru beliau yang bertajuk "Bila Entah" yang dihasilkan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. [10] Lagu ini berkisarkan mengenai seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya dan berharap ia akan pulang kembali ke pangkuannya. [11]

Rujukan

WikiPedia: Aisyah_Aziz http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140205/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140928/h... http://www.beritaharian.sg/gah/hiburan/aisyah-mahu... https://www.bandwagon.asia/articles/aisyah-aziz-ta... https://www.budiey.com/aisyah-aziz-bila-entah/ https://www.instagram.com/aisyaah_aziz/?hl=en https://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainme... https://m.youtube.com/watch?v=RmzpZqIrcIE https://www.youtube.com/watch?v=5IwojreC3Ts