Penubuhan Akademi_Seni_Budaya_dan_Warisan_Kebangsaan_(ASWARA)

Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, Dato' Sri Siti Nurhaliza[1]

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan insan yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Misi

  • Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
  • Melahir golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
  • Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.
  • Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional seni budaya dan warisan.

Visi

Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.

Objektif

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Berkaitan