Sinopsis Akadku_Yang_Terakhir

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke. Melaka selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam.

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabila Rania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir.

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?