Akarbosa
Akarbosa

Akarbosa

Akarbosa ialah ubat yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2, bersama dengan kawalan pemakanan dan senaman.[1] Ia boleh digunakan pada mereka yang tidak boleh mengambil metformin atau sebagai tambahan kepada ubat diabetes yang lain.[1] Faedahnya kecil sahaja.[2] Ia diambil melalui mulut untuk setiap kali makan.[1] Kesan maksimum mungkin mengambil masa 2 minggu.[1]Antara kesan-kesan sampingan yang biasa ditemui termasuklah sakit perut, cirit-birit, dan peningkatan gas usus.[1] Apabila digunakan secara bersendirian, ia biasanya tidak menyebabkan aras gula darah yang rendah.[1] Kesan sampingan lain termasuk peningkatan enzim hati.[1] Penggunaannya tidak digalakkan untuk mereka yang berisiko mengalami penyakit halangan usus.[2] Ia berfungsi dengan melambatkan pencernaan karbohidrat.[1]Akarbosa telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1995.[1] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[3] Di Amerika Syarikat kos sebulan ubat ini kira-kira 16 dolar pada tahun 2021.[3] Di United Kingdom, penggunaan sebulan ubat ini menelan kos NHS kira-kira 15 paun.[2]

Akarbosa

Status perundangan
Model 3D (JSmol)
Bioketersediaan Amat rendah
Nama dagang Glucobay, Precose, Prandase, dan lain-lain
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard 100.054.555
Penyingkiran separuh hayat 2 jam
MedlinePlus a696015
Kaedahpemberian Melalui mulut (tablet)
Formula C25H43NO18
AHFS/Drugs.com Monograph
Perkumuhan Buah pinggang (kurang dari 2%)
Jisim molar 645.61 g·mol−1
Metabolisme Saluran gastrousus
Data lesen
Nama lain (2R,3R,4R,5S,6R)-5-{[(2R,3R,4R,5S,6R)-5- {[(2R,3R,4S,5S,6R)-3,4-dihidroksi-6-metil- 5-{[(1S,4R,5S,6S)-4,5,6-trihidroksi-3- (hidroksimetil)sikloheks-2-en-1-il]amino} tetrahidro-2H-piran-2-il]oksi}-3,4-dihidroksi- 6-(hidroksimetil)tetrahidro-2H-piran-2-il]oksi}- 6-(hidroksimetil)tetrahidro-2H-piran-2,3,4-triol
Kategorikehamilan
  • AU: B3

Rujukan

WikiPedia: Akarbosa https://www.drugs.com/monograph/acarbose.html https://web.archive.org/web/20200812215051/https:/... https://www.goodrx.com/acarbose https://web.archive.org/web/20161023033803/http://... https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a696015.html https://dailymed.nlm.nih.gov/dailymed/search.cfm?l... https://www.accessdata.fda.gov/scripts/cder/drugsa... https://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=O(... https://www.wikidata.org/wiki/Q338005#P3117 https://www.wikidata.org/wiki/Q338005#P2566