Akbar Agung
Akbar Agung

Akbar Agung

Jodhabai (?) atau Jodhi Bibi
Mariam-uz-Zamani
Ruqayya Sultan Begum
Sakina Banu Begum
Salima Sultan Begum
Jahangir (L)
Shah Murad (L)
Danyal (L)
Shahzada Khanim (P)
Shakarunnisa Begum (P)
Aram Banu Begum (P)
Ximini Begum (P)
Jalaluddin Muhammad Akbar (Parsi: جلال الدین محمد اکبر), (panggilan lain termasuklah Jellaladin, Celalettin) juga dikenali sebagai Akbar Agung (Akbār-e-Azam) (15 Oktober, 154215 Oktober, 1605) adalah anak kepada Humayun yang telah menjadi pemerintah Empayar Mughal daripada 1556 hingga 1605.Walaupun hanya berumur 13 tahun ketika menaiki takhta, namun beliau dianggap sebagai pemerintah yang teragung dan terhebat bagi Empayar Mughal. Dalam tempoh pemerintahannya, beliau telah berjaya menghapuskan ancaman daripda Sher Shah (seorang Afghan yang pada satu ketika berjaya merampas kuasa daripada ayah beliau, Humayun daipada 1540-1555), di samping mengalahkan Hemu, seorang pemerintah Hindu dalam Pertempuran Panipat yang Pertama. Selain daripada itu, beliau juga dapat mengukuhkan kedudukan beliau dengan memansuhkan pembayaran cukai jizyah kepada orang bukan Muslim dan berjaya mendapatkan perhatian pemerintah kasta Rajput yang amat berkuasa, dengan mengahwini seorang puteri Rajput.Bagaimanapun, sumbangan Akbar yang paling diingati adalah terhadap kesenian dan agama di India. Beliau memulakan sejumlah besar penulisan sastera, termasuklah Akbar-nama dan Ain-i-Akbari, dan mengumpulkan pelbagai karya seni dari seluruh pelusuk dunia untuk disimpan didalam koleksi Empayar Mughal. Tidak ketinggalan, Akbar telah memerintahkan pembinaan bangunan-bangunan yang mengkagumkan, termasuklah Panj Mahal. Dikenali dengan ketoleransian terhadap agama-agama yang lain, Akbar telah memelihara kuil-kuil hindu. Beliau juga telah mengadakan debat agama di mana para ulama' memperdebatkan masalah keagamaan dengan mubaligh agama-agama yang lain. Di samping itu, Akbar telah memperkenalkan agamanya sendiri iaitu Din-i-Ilahi "Agama Tuhan". Oleh sebab agama itu dilihat hanya untuk memuja dan mengagungkan dirinya sendiri, agama itu tidak mendapat sambutan dan lenyap dengan singkat selepas kematiannya.

Rujukan

WikiPedia: Akbar Agung //scholar.google.com/scholar?q=%22Akbar+Agung%22 //www.google.com/search?&q=%22Akbar+Agung%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Akbar... //www.google.com/search?q=%22Akbar+Agung%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Akbar+Agung... http://www.storyofpakistan.com/articletext.asp?art... http://www.worldofbiography.com/9001-Akbar/ http://www.wsu.edu:8080/~dee/MUGHAL/AKBAR.HTM http://www.gutenberg.org/etext/14134 http://www.i3pep.org/archives/2004/11/12/akbar/