Kerjaya Akon

Nama dan Umur

Akon dikenali sebagai, Aliaune Thiam,[5] namun sumber-sumber lain mengatakan nama beliau ialah, Alioune Badara Thiam,[6] dan About.com mengatakan nama panjang beliau, "Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam," belum lagi disahkan.[7] Umur beliau masih lagi tidak diketahui. Sesetengah institusi media melaporkan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1981. Walau bagaimanapun, AP melaporkan beliau dilahirkan pada tahun 1973 dan umur beliau ialah 47 tahun. Akon memaklumkan beliau tidak tahu umur sebenarnya dan tidak faham kepentingan memberitahu umurnya, tetapi beliau menganggap "telah dikurniakan berwajah muda untuk masa yang lama"[perlu rujukan]. Dalam temubual untuk majalah Israel bulan September 2007 Akon memberi petunjuk bahawa beliau berumur dalam lingkungan 25 atau 26.[8]

Latar Belakang

Beliau seorang anak kepada penggiat muzik Jazz, Mor Thiam. Dilahirkan di St. Louis, Missouri, namun dibesarkan di Senegal dan Jersey City, New Jersey[9]. Beliau merakamkan lagu pertama beliau, "Operations of Nature," di usia 15 tahun. Beliau kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan rompakan bersenjata dan mengedar dadah, dan menggunakan masa di dalam penjara dengan menggiat muzik. Setelah dibebaskan, Akon mula menulis dan merakam runut-runut di dalam studio rumah beliau. Pita-pita tersebut dihantarkan ke Street Records Corporation/Universal Motown Records Group, yang menerbitkan album pertama Akon, Trouble]] pada bulan Jun 2004.

2004–2005: Trouble

Album solo pertama Akon, Trouble diedarkan pada 29 Jun 2004. Ia merangkumi lagu-lagu hit beliau "Locked Up" dan "Lonely" serta "Belly Dancer (Bananza)," "Pot Of Gold," dan "Ghetto".

2006–2007: Konvicted

Dalam tahun 2006-2007 Akon telah berjaya mengatasi semua penyanyi lain dengan adanya 11 lagu dalam Billboard Hot 100. Album kedua beliau, bertajuk Konvicted, diedarkan pada 14 November 2006.