Aksara_Dunging

Aksara Dunging atau aksara Iban ialah aksara sukukataan yang dicipta untuk menulis bahasa Iban di Sarawak, Malaysia. Aksara ini diciptakan pada tahun 1947 oleh Dunging anak Gunggu (1904-1985), yang telah menyemak semula aksara asalnya yang mempunyai 77 huruf sukukataan menjadi 59 huruf terkini pada tahun 1962.[1] Aksara Dunging masih belum diguna pakai secara meluas tetapi Dr. Bromeley Philip dari Universiti Teknologi MARA ada berusaha untuk memperkenalkan aksara tersebut.[2][3]Pada tahun 2010, Dr Bromeley Philip telah memperluas karya Dunging dengan membangunkan pasuan papan kekunci komputer untuk aksara Dunging dengan nama LaserIban. Tujuannya adalah untuk membantu melestarikan aksara Dunging dalam bentuk digital dalam dunia moden. LaserIban tersedia untuk komputer Windows dan Macintosh dan serasi rentaswadah.[4] Namun begitu, LaserIban ialah rupa huruf legasi yang dikod pada blok Rumi dalam Unikod, lantas mengehadkan julat penggunaannya dalam komputer.[5][6]

Aksara_Dunging

Bahasa Bahasa Iban
Pencipta Dunging Anak Gunggu
Tarikh cipta 1947, 1962 (langsemak)
Tempoh masa 1947-kini
Jenis