Aksara_Rejang

Aksara Rejang, dan dikenali nama tempatan Surat Ulu, ialah satu abugida keluarga tulisan Brahmi, dan berkait dengan aksara-aksara lain di kawasan itu, seperti aksara batak, aksara Bugis dan lain-lain. Aksara Rejang adalah ahli kepada kumpulan aksara-aksara Surat Ulu yang berkait rapat yang mengandungi varians aksara Bengkulu, Lembak, Lintang, Lebong dan Serawai. Aksara-aksara lain yang berkait rapat, dan kadang kala termasuk dalam kumpulan Surat Ulu adalah aksara Kerinci dan aksara Lampung. Aksara itu digunakan sebelum kedatangan Islam ke kawasan Rejang; dokumen terawal yang menjadi bukti adalah bertarikh pertengahan kurun ke-18M.Aksara Rejang kadang kala dikenali sebagai aksara KaGaNga berikutan tiga huruf pertama dalam abjadnya. Istilah KaGaNga tidak pernah digunakan oleh pengguna komuniti aksara, tetapi ia dicipta oleh ahli antropologi Britain Mervyn A. Jaspan (1926–1975) di dalam bukunya Folk literature of South Sumatra. Redjang Ka-Ga-Nga texts. Canberra, The Australian National University 1964.Aksara itu digunakan untuk menulis teks-teks dalam bahasa Melayu dan bahasa Rejang, yang kini dituturkan oleh sekitar 200,000 orang yang tinggal di tanah tinggi barat daya Sumatra, Bengkulu utara, sekitar Argamakmur, Muaraaman, Curup, dan Kepahiang, dan juga di kawasan Rawas di Sumatra Selatan berhampiran Muara Kulam.Terdapat lima dialek utama bahasa Rejang: Lebong, Musi, Kebanagung, Pesisir (kesemuanya di dalam Bengkulu) dan Rawas (Sumatra selatan). Kebanyakan penggunanya tinggal di kawasan pedalaman yang agak terpencil, yang kurang separuh daripada mereka adalah celik huruf.Korpus Rejang tradisional mengandungi teks-teks ritual, mantera dan puisi.