Aksara_Rencong
Aksara_Rencong

Aksara_Rencong

Tulisan Rencong (réncong), atau Incung ialah sistem tulisan yang diterbitkan berdasarkan Pallava dan Kawi yang telah diturunkan atau menghasilkan tulisan Brahmi.Rencong ialah perkataan Bahasa Melayu Kuno yang membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong dan menyendeng. Huruf Rencong iaitu huruf Melayu Purba yang banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau dan banyak didapati digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Huruf-huruf yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf tertua yang menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf orang Kemboja pada zaman purba. Aksara huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong telah ditulis orang-orang Melayu Tua di atas helaian kulit-kulit kayu, helaian daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan di atas ketulan batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu, Batu Bersurat Kota Kapur, di Kota Kapur (Bangka Barat).