Ulasan Akta_Komunikasi_dan_Multimedia_1998

Secara tradisional, penyiaran, telekomunikasi dan pengkomputeran difikirkan secara terpisah. Dengan perkembangan teknologi digital, adalah menjadi tidak realistik untuk mengekalkan suatu pemisahan diantara bidang-bidang ini. Jadi, undang-undang ini telah digubal bagi menggantikan dua undang-undang sedia ada berkaitan telekomunikasi dan penyiaran, iaitu Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Dengan tergazetnya akta ini, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan (kemudiannya diganti kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia).

Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."